5 PERKARA UTAMA YANG ANDA PERLU KEMAS DIDALAM RUMAH ANDA SEBELUM TETAMU TIBA!
- Lamani Paint
- Jun 13, 2019
- 2 min read
Biasalah musim-musim perayaan ni mesti ramai antara kita yang menerima kunjungan rakan dan saudara mara mengunjungi rumah kita untuk beraya kan. Tapi masalahnya rumah bersepah ni..Sempat ke nak kemas ni..PENGSAN!!
Adakah perkara ini biasa terjadi?
Air minuman tumpah, sampul raya kosong bersepah di sekeliling rumah dan tong sampah pula penuh? Yup, inilah Raya yang kita sambut setiap tahun! Walaupun kita suka menerima tetamu namun tidak dinafikan bahawa pasti akan menyebabkan rumah bersepah.
Berikut adalah 5 perkara utama yang anda perlukemas didalam rumah anda sebelum tetamu tiba semula.
1. LAP PERMUKAAN YANG PENTING

Perkara pertama, lap kotoran di tempat utama seperti pada tombol pintu, meja dan suis lampu. Apa yang anda perlukan hanyalah air suam, sabun dan air, sebaiknya kain mikrofibre. Lap semua permukaan dan bilas dengan air bersih supaya kotoran tidak tersebar. Kalau ada modal lebih sikit boleh beli spray yang khas untuk lap barang-barang rumah tu.
2. BERSIHKAN TONG SAMPAH

Erk, bau apa yang busuk ini? Selepas seharian menziarah jiran/teman, anda pulang ke rumah dengan bau misteri dari tong sampah anda. Pembersihan tong sampah adalah penting dan ia juga merupakan cara yang baik untuk menjaga kebersihan di rumah anda. Selepas memunggah tong sampah, cuci tong sampah dengan air bersih. Anda haruslah menggunakan berus dan menggosok tong sampah dengan sabun cuci pinggan. Pastikan tong sampah kering terlebih dahulu sebelum menggunakannya semula.
3. BERSIHKAN BILIK AIR/TANDAS

Bila tibanya musim kunjung-mengunjung, bilik air akan cenderung untuk kotor lebih cepat kerana tetamu kerap menggunakannya tiga kali ganda. Anda boleh mula dengan menuang secawan baking soda ke dalam mangkuk tandas. Biarkan ia selama beberapa minit sebelum berus dan siram. Seterusnya, spray jubin, countertop dan dinding dengan pembersih bilik air dan buka air panas selama beberapa minit. Biar wap selama 5 minit kemudian lap semua permukaan dengan kain bersih.
4. DEODORIZE / HILANGKAN BAU BUSUK

Memasak sekuali rendang mungkin akan memberi bau yang wangi pada rumah, tetapi ia tidak akan kekal lama! Nyalakan lilin sitrus untuk dibakar semasa anda membersihkan rumah. Kemudian, padamkan lilin tersebut apabila tetamu datang atau pada akhir pembersihan anda. Ini akan memberi kelembutan dengan serta merta menjadikan suasana berasa hangat dan mesra.
5. LANGKAH AKHIR, JOM VAKUM.

Sentiasa vakum dan mop bagi langkah terakhir. Jika tidak, lantai akan menjadi kotor semula. Untuk menjimatkan masa, tumpukan perhatian pada kawasan tetamu terutamanya ruang tamu. Sementara anda vakum, anda boleh menyusun semula kusyen dan barang-barang di atas meja.
Sambutan hari raya adalah perayaan di mana anda bersatu semula dan menghabiskan masa yang berkualiti bersama orang tersayang dan saudara-mara anda. Ia juga merupakan masa di mana kita mahu menarik tetamu bagi melihat rumah kita yang indah. Semoga tips ini bermanfaat untuk anda dan selamat menyambut hari raya aidilfitri.
Comments