CARA INGIN MENGECAT PERMUKAAN GRILL
- Lamani Paint
- Apr 2, 2021
- 1 min read
Pintu cat yang dicat baru kelihatan lebih baik dan cantik. Logam cenderung kepada karat dan perlu dijaga.Ikuti panduan bagaimana cara untuk anda mengecat grill anda.
Langkah 1
Sediakan kawasan untuk meletakkan pintu,tingkap atau pagar yang ingin dicatkan semula.
Lapik dengan sesuatu pada kawasan tersebut atau penghadang untuk mengelakkan serpihan karat tersebut bertaburan.
(isi kekuda untuk meletakkan grill yang ingin dicat)

Langkah 2
Buang kawasan yang berkarat dengan menggunakan berus dawai supaya ia boleh menghilangkan segala cat lama dan kesan karat.
Langkah 3
Gunakan kertas pasir supaya kesan-kesan kasar pada permukaan lebih halus.Kemudian lap pintu dengan kain supaya serpihan dan habuk hilang.
Langkah 4
Sapukan primer asas pada kawasan berkarat.Ini bertujuan untuk menghalang hakisan tersebut berlanjutan
Langkah 5
Cat grill tersebut dengan menggunakan berus atau alat semburan cat.Selepas selesai tunggu sehingga cat tersebut kering bergantung kepada keadaan cuaca.
Commentaires