top of page

KETAHUAN KESILAPAN YANG DILAKUKAN SEMASA MENGECAT. WAJIB TAKE NOTED!

  • Writer: Lamani Paint
    Lamani Paint
  • Mar 23, 2021
  • 2 min read

1. TIDAK MEMBUAT PERSIAPAN SEBELUM MENGECAT


Seringkali berlaku warna cat yang terhasil tidak sama seperti yang kita bayangkan. Jangan terlalu mengharapkan coding warna cat yang sebesar ibu jari di dalam pamplet pengeluar cat boleh menunjukkan warna sebenar di dinding.


Warna dinding boleh dipengaruhi oleh warna benda lain di dalam sesuatu kawasan. Sebagai contoh perabot anda seperti almari, sofa ataupun meja makan. Perabot-perabot ini boleh mempengaruhi warna dinding rumah anda.


Cara yang terbaik ialah dengan mendapatkan sampel cat yang sebenar. Sapukan pada satu kepingan polisterin, lagi besar lagi baik, dan cuba padankan pada dinding rumah anda. Dengan cara ini barulah anda boleh melihat keadaan sebenar cat pada dinding. Lihat sebarang perubahan warna bagi masa yang berlainan (pagi, tengah hari, petang) dan cuba juga dengan cahaya lampu di dalam rumah


2.·PEMILIHAN WARNA


Adakah apabila anda selesai mengecat, masih banyak lagi lebihan cat. Ataupun lebih teruk kerja-kerja mengecat tidak sempat siap sebab cat yang dibeli tidak mencukupi.


Sebaik-baiknya anda harus ukur dulu luas kawasan yang hendak dicat 1 liter cat biasanya boleh coverkeluasan 11 meter persegi. Dan jangan lupa untuk darabkan keluasan dengan dua sekiranya anda hendak menyapu 2 lapisan cat.


3. TIDAK MENGGUNAKAN PRIMER

Semua kawasan yang hendak dicat hendaklah dibersihkan, digosok dan jika perlu sapu dengan kertas pasir. Buang segala habuk, minyak dan sebagainya. Tutup semua keretakan yang ada dengan menggunakan filler.


4. JANGAN BERKIRA JIKA MEMBELI CAT, BERUS DAN BERUS PENGGELEK CAT

Sebaik-baiknya cat jangan dicampurkan dengan apa-apa. Buka tin cat, kacau, tuang ke dalam roller pan dan sapu. Jangan campur dengan apa-apa. Anda harus ingat bahawa anda mengecat rumah sendiri dan bukannya mengecat sebagai kerjaya. Jangan jadi seperti kontraktor cat yang mahu untung lebih dengan mencampurkan cat dengan air.


Thinner biasanya digunakan untuk mencairkan cat yang sudah lama. Kaedah ini biasanya tidak terpakai untuk anda kerana cat yang anda guna biasanya baru dibeli daripada kedai hardware.


5. TIDAK MENYEDIAKAN PERMUKAAN YANG HENDAK DICAT

Kalau anda ada berus cat yang lama yang anda masih simpan, saya nasihatkan anda buang dan beli yang baru. Kenapa? Sebab bulu berus cat yang lama (melainkan ianya betul-betul berkualiti) boleh tertanggal dan bercampur dengan cat dan melekat pada dinding rumah anda.


Sekurang-kurangnya anda perlu ada dua saiz berus yang berbeza dan satu roller. Satu berus untuk cat pada kawasan bucu / keliling dinding, satu berus untuk kawasan celah dan kecil dan satu roller untuk kerja-kerja cat yang besar.


Anda boleh pertimbangkan option yang anda ada di kedai hardware kerana terdapat banyak pilihan. Pilih berus cat yang sesuai bagi semua kawasan yang hendak dicat.


6. CUAI KETIKA PROSES KEMASAN DAN PEMBERSIHAN


Langkah mengecat yang betul ialah dengan mengecat bahagian bucu / keliling kawasan terlebih dahulu. Kemudian cat kawasan yang besar dengan menggunakan kaeadah 'W' atau 'M'. Kemudian baru ratakan kawasan cat.


Kesilapan yang biasa berlaku ialah seperti berikut :

  • Lapisan cat terlalu tebal.

  • Lapisan cat terlalu nipis.

  • Terlalu banyak stroke pada satu-satu tempat.

  • Stroke mengecat yang tidak konsisten.

 
 
 

Comments


© by TCR
bottom of page