PANDUAN PILIH WARNA CAT IDEAL UNTUK KEDIAMAN
- Lamani Paint
- Mar 29, 2021
- 1 min read
1. TRY AND ERROR DIRUANGAN YANG KECIL
Ketika ini anda masih was-was dengan pilihan warna yang ada, jadi cuba dahulu diruangan dinding yang kecil saiznya agar kita nampak kesannya setelah cat ditepek ke atas dinding.

2. PILIH WARNA YANG SESUAI DENGAN MOOD ANDA
Pemilihan warna yang salah untuk bilik tidur boleh mempengaruhi kadar rehat anda, tidur juga terganggu dan kesan buruknya jelas dipagi hari selepas anda bangun dari tidur yang tidak lena.

3. WARNA CAT MESTILAH BERSESUAIAN DENGAN PENCAHAYAAN KEDIAMAN
Ketelitian diperlukan dalam menentukan warna apa yang sesuai dengan lampu yang digunakan dirumah kerana Malaysia mempunyai dua jenis lampu yang popular digunakan iaitu lampu pijar, warna yang agak kekuningan manakala lampu kalimantang pula menghasilkan warna putih serta sedikit biru.

4. FAHAMI SUSUNAN KELUARGA DARI CERAH HINGGA KE WARNA GELAP SERTA KETAHUI TAHAP KECERAHANNYA.

5. UJI WARNA PILIHAN SECARA TERUS KE DINDING UTAMA PADA SKALA KECIL.
Anda boleh cuba padankan segala pilihan warna terus ke dinding. Tapi anda perlu menutupnya kembali jika segala warna yang anda cuba tidak menepati citarasa anda. Ini kerana, anda hanya menyuai padankan mengikut katalog yang disediakan, tetapi anda kini membawa pulang beberapa sample yang bersesuaian.

6. PEMILIHAN WARNA MENGIKUT SKALA LINGKARAN WARNA
Lingkaran warna membantu dalam pemilihan kombinasi warna yang tetap. Contohnya, padanan warna merah terang dan hijau muda merupakan padanan ideal untuk tema gelap terang. Skala ini membantu adunan warna tersebut tampak hebat apabila diaplikasikannya nanti.

Comments